latar belakang

sejarah kami

LK HOLDING SDN BHD
(1395091-V)

Lebih dikenali dengan singkatan LK Properties merupakan sebuah syarikat milikan tunggal dan bumiputera sepenuhnya yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang beroperasi di Lot 1962-A, Tingkat Atas, Batu 6, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Mempunyai Visi dan Misi untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan menjadi peneraju utama perumahan ke arah pembangunan generasi memiliki aset.

Syarikat LK Properties ini adalah sebuah syarikat pemaju perumahan. Syarikat ini lebih menumpukan perhatian kepada perusahaan perumahan dimana pembeli ingin membuat rumah sebagai aset.

peneraju perumahan pantai timur

LK Properties mempunyai rancangan perniagaan yang diatur dengan baik dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali. LK Properties turut dibekalkan dengan tenaga kerja yang berdedikasi dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan bagi memastikan hasil kerja pada tahap yang terbaik.

Syarikat ini lebih menumpukan jual beli rumah di Kelantan dan Terengganu. Kami ingin membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk membina rumah di atas tanah sendiri dengan harga yang mampu milik. Syarikat ini menawarkan tawaran harga yang hebat kepada mereka yang ingin membina rumah.

Kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan di seluruh daerah Kelantan, Terangganu dan seluruh negeri di Malaysia. Dengan berkat,kesungguhan dan kerjasama LK Properties dapat merialisasikan visi dan misi syarikat.

salinan sijil pendaftaran suruhanjaya syarikat malaysia (ssm)

perakuan pendaftaran lembaga pembangunan industri pembinaan (cidb)

VISI

Memastikan syarikat LK Properties menguasai kepakaran dalam konsultasi pemilikan aset mampu milik dengan menyediakan perkhidmatan beretika, profesional dan efisen seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat Pantai Timur. Dengan itu, dapat menjadi peneraju utama dalam bidang pemasaran dan sistem pemasaran yang sistematik di Semenanjung Malaysia.

MISI

  • Menjadi peneraju utama dalam sektor perumahan
  • Menjadi peneraju utama perumahan ke arah pembangunan generasi memiliki aset

objektif

  • Memberi perkhidmatan yang terbaik

  • Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam dunia perniagaan yang mencabar

  • Mencipta idea-idea baru dalam bidang pemasaran

  • Mempromosikan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan secara efektif

  • Mengutamakan rakyat bumiputera untuk membantu mereka merialisasikan impian mendirikan sebuah rumah atau menyimpan aset

0 %
Kepuasan Pelanggan
0 +
Tahun Pengalaman
0 +
Projek Yang Telah Disiapkan
0 +
Tenaga Kerja Mahir

dapatkan khidmat perundingan kami
secara percuma

Sekiranya anda masih belum jelas dengan idea dan rekaan untuk rumah impian anda,

kami sedia membantu!

Scroll to Top